Telah kita ketahui bersama, bahwa menurut riwayat Aisya bahwa Nabi saw, telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,
“Biarkan mereka menyanyi karena untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita” [Muttafaqun 'alaih].
Telah kita ketahui bersama, bahwa menurut riwayat Aisya bahwa Nabi saw, telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,
“Biarkan mereka menyanyi karena untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita” [Muttafaqun 'alaih].
Telah kita ketahui bersama, bahwa menurut riwayat Aisya bahwa Nabi saw, telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,
“Biarkan mereka menyanyi karena untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita” [Muttafaqun 'alaih].
Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahwa Nabi saw, memberi izin untuk menyanyi pada hari perkawinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata,” Kamilah yang telah memberi bai’ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup.”
Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai ‘Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad saw semasa baginda memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah saw juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka’b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda . Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian sampai 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi,
‘A’isha selalu membaca syair memuji baginda saw dan beliau amat menyenanginya.”
Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi saw:
Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala derai rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama ‘Yang Terpilih’ yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.
Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda
Pada zaman Nabi saw, terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah saw amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadits riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah saw bersabda,
“Terdapat hikmah di dalam syair”; dan kerana itu Paman Nabi saw al-’Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi saw seperti didalam rangkap berikut:
Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hingga nyaris penuh bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran karena sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]
Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al – Maqsid hal.5 dan didalam kitab Ibnu Katsir, Maulid hal.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fathul al-Bari.
Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahwa Nabi saw memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,”Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak ‘Abd al – Muttalib!”
Rasulullah saw sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda karena ia merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi saw, kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru karena mendekati Nabi saw akan membuatkan Allah redha kepada kita.
Menyanyi dan Membaca al-Quran
Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, ” Allah memberikan izin kepada Nabi saw agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash’ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi saw sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi saw mengucapkan tahniah kepada beliau karena bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda,” Engkau mempunyai suara yang merdu ” Dan baginda saw bersabda lagi bahwa Abu Musa al-Ash’ari telah dikaruniai Allah ‘Mizmar’ (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,”Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku niscaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi.”
Ibnu Qayyim menulis lagi,”Nabi saw bersabda ,
” Hiasilah al-Quran dengan suara kamu,” dan
“Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami.”
Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, “Untuk menyukai suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyukai pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semesta ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana tidak melanggar batas-batas shari’a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.
Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik
Seorang Muhaddits, Ibnu ‘Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya, Beliau memulakan dengan sebuah hadits,” Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata,” Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah mendatangkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang disebelah mu.” Nabi pun bersabda,” Tunaikanlah nazar mu.” Hadits ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.
Ibnu ‘Abbas pula menulis, ” Tidak dinafikan bahwa main gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah karena baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh karena itu, jika kita meryakan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, maka diterma dan dibenarkan.
Nabi saw merayakan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]
Nabi saw telah bersabda didalam hadits mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda saw juga membesarkan hari Juma’at kerana pada hari itu menurut baginda,” Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s).” Ini bermakna, hari Juma’at dimuliakan karena ia merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan karena ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan? Nabi bersabda,”Sesungguhnya Allah menjadikan aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air.” Hadits ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan juga merupakan hadits yang hasan lagi sahih.
0 komentar:
Post a Comment